emm , simple bukan ?
ok. aku nak berbalik kepada topik yang aku baru je fikir tadi. haha. entah la kenapa, rasa macam rajin semacam je nak menaip dan buat entry berdasarkan hati dan pandangan sendiri. menulis mengikut aliran tangan tanpa perlu di draft!
♥kenapa awak sayang saya? em, em, em! bukan itu bermaksud
gagap ataupun sayang itu tidak ada nilai. tapi disebabkan sayang itu
tidak ternilai sehingga tidak menjumpai sebab yang sesuai bagi soalan itu.
berapa harga kasih sayang awak kepada saya? RM 10 000. senang untuk dijawab. kualiti sayang itu?
berapa harga kasih sayang awak kepada saya? _________ [blurr] bukan
sebab tidak berharga dan nampak murah tapi infinity sehingga tidak
tercapai dek akal untuk mengira nilainya yang sebenar. kualiti sayang itu? em, hanya si dia yang tahu.
♥bila kita dah sayang, kita tak perlu menjawab sebabnya kenapa kita sayang. betul tak?
♥dia tak hensem, kenapa sayangkan dia?
♥dia tak berharta, kenapa sayangkan dia?
♥dia tak terkenal, kenapa sayangkan dia?
♥dia bukan golongan yang genius, kenapa sayangkan dia?
terlalu subjektifkan untuk dijawab sebab bila hati dah tertaut, sebab
untuk tautan itu tidak terjawab. hati tertanya-tanya tapi tak
menemukan jawapan. sewelkah? tentu sekali tidak. sebab
fitrahnya sayang itu ada. seperti juga sayang seorang sahabat kepada
sahabat yang lain. aku perempuan, dia perempuan, aku sayangkan dia, dia sayangkan aku.
tapi kenapa sayang itu begitu tinggi hingga dia tidak boleh membelakangkan aku?
kenapa aku sayang sangat dia?! tiada jawapan!







0 comments:
Post a Comment